Hubungan luar negara Jepun dikendalikan oleh
Kementerian luar negeri Jepun.Sejak penyerahan selepas
Perang Dunia II dan
Perjanjian San Francisco, Dasar diplomatik Jepun berdasarkan kerjasama erat dengan
Amerika Syarikat dan ditekankan kepada kerjasama antarabangsa seperti
PBB. Ketika
perang dingin, Jepun mengambil tempat dalam konfrotasi
dunia barat terhadap
Soviet Union di
Asia timur. Dalam
perkembangan ekonomi pesat pada 1960-an dan 1970-an, Japan memulihkan pengaruhnya dan dianggap sebagai satu dari kuasa besar dunia. Pengaruh Jepun dilihat sangat positif [
perlu rujukan], kecuali oleh dua buah negara:
Republik Rakyat China dan
Korea Selatan.
[1]Semasa perang dingin, dasar luar Jepun tidak ditentukan sendiri, secara relatifnya mengfokuskan kepada kepesatan ekonomi mereka. Walau bagaimanapun, akhir kepada perang dingin dan pengajara pahit dari
Perang Teluk mengubah dasar ini perlahan-lahan. Kerajaan Jepun memutuskan untuk menyertai dalam operasi
pengamanan oleh PBB, dan menghantar tentera mereka ke
Kemboja,
Mozambique,
Banjaran Golan dan
Timor Timor pada 1990-an dan 2000-an.
[2] Selepas
Serangan 11 September 2001, kapal-kapal
angkatan laut Jepun ditugaskan untuk membekalkan semula tugasan di
Lautan India sehingga tarikh kini.
Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun juga menghantar tentera mereka ke selatan
Iraq untuk pemulihan infrastruktur asas.Diluar jiran terdekatnya, Jepun telah meneruskan lebih dasar luar yang aktif dalam tahun kebelankangan ini, mengiktiraf tangggungjawab yang mengiringi kekuatan ekonominya. Perdana menteri Fukuda menekankan sebuah perubahan halatuju dalam syarahan dasar terkininya kepada Diet: "Jepun berhasrat untuk menjadi sebuah hub bagi pembangunan sumber manusia disamping untuk sumbangan intelektual dan kajian untuk terus mempromosikan kerjasama dalam bidang pembangunan keamanan."
[3] Ini mengikuti kejayaan sederhana sebuah pelan damai yang diilham Jepun yang menjadi asas untuk pilihan raya seluruh negara di
Kemboja pada tahun 1998.